Suasana Sibuk Dalam Kebun Pada Awal Musim Bunga

2022-03-01 13:14:42  CRI
Share with:

Suasana sibuk, beserta jangkaan terhadap tuaian yang melimpah boleh terasa melalui kegiatan memupuk benih dan semaian, serta memetik hasil yang sudah matang dalam pelbagai kebun pertanian di pekan Zhili, daerah Wuxing, bandar Huzhou, provinsi Zhejiang baru-baru ini.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan tempatan meningkatkan peruntukan kewangan untuk membantu pembangunan industri pertanian, menanam buah-buahan, sayur-sayuran dan cendawan, memelihara ketam, ikan dan udang di kawasan terbiar bagi menjana pendapatan kaum tani setempat.

Dilaporkan bahawa terdapat lebih seribu peluang pekerjaan tersedia dalam pelaksanaan projek pertanian di pekan tersebut pada tahun 2021.