Wang Yi Hadir Sesi UNHRC

2022-03-01 15:12:00  CRI
Share with:

Usaha menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia merupakan misi bersama semua negara. Oleh itu, pembangunan hak asasi manusia perlu sesuai dengan keadaan negara dan permintaan rakyat masing-masing demi kemajuan komprehensif umat manusia.

Pendirian China itu disuarakan Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi semasa berucap pada mesyuarat peringkat tinggi sesi ke-49 Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada Isnin.

Beliau memetik fakta dan data untuk membantah dakwaan tidak berasas tentang isu Xinjiang dan Hong Kong.

Wang menegaskan bahawa China komited mengadakan pertukaran dan kerjasama dengan pelbagai negara dalam bidang hak asasi manusia antarabangsa berdasarkan prinsip sama rata dan saling hormat, di samping menentang konfrontasi antara pakatan menggunakan alasan hak asasi mansuia.