China: Sokong Segala Usaha Redakan Ketegangan Situasi

2022-03-01 14:18:17  CRI
Share with:

China amat menumpukan perhatian terhadap perkembangan situasi di Ukraine, menyokong segala usaha untuk meredakan ketegangan dan penyelesaian secara politik.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin ketika menjawab pertanyaan wartawan tentang perintah Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk mentransformasikan kekuatan strategik ke tahap kesediaan tempur khas.

Wang mengulas bahawa keprihatinan semua negara yang rasional membabitkan isu keselamatan di Eropah, harus diambil berat.

Tegasnya, dalam konteks Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diperlus ke timur sebanyak lima pusingan, tuntutan rasional pihak Rusia dalam isu keselamatan harus diberi perhatian, dan ditangani dengan baik. Pihak-pihak berkaitan diseru bertenang demi mengelakkan situasi menjadi lebih teruk.