‘Tour Pal’ Kecil di Beijing

2022-03-02 15:33:41  CRI
Share with:

Liu Xianze, 9 tahun, seorang pelajar sekolah rendah di Beijing. Dia dan rakan-rakan sekelasnya mendaki gunung di sekitar bandar ini pada setiap Sabtu dan amalan ini telah dijalankan selama lebih setahun. Kanak-kanak ini amat seronok menamatkan perjalanan hampir 20 kilometer menggunakan masa 8 hingga 9 jam setiap kali.

Kanak-kanak ini mampu merasai perubahan empat musim di Beijing melalui perjalanan mereka sendiri, selain menghayati adat resam dan sejarah di tempat-tempat yang dikunjungi.

Ibu bapa kanak-kanak ini biasanya menggunakan aplikasi seperti panduan mendaki gunung dan ramalan cuaca untuk menentukan laluan mendaki untuk keesokan harinya pada setiap Jumaat, sebelum berkongsi info berkenaan melalui aplikasi WeChat.

Di Beijing, semakin ramai ibu bapa tidak lagi hanya mementingkan kecerdasan dan mata pelajaran anak-anak, sebaliknya makin memberi tumpuan terhadap pembinaan emosi dan mental kerana ia akan menjadi asas dan tenaga yang kukuh bagi kanak-kanak menghadapi cabaran dalam kehidupan pada masa kelak.