Sukan OKU China Mencapai Kemajuan Signifikan

2022-03-03 15:03:09  CRI
Share with:

Pejabat Penerangan Dewan Negara China melancarkan kertas putih mengenai pembangunan dan jaminan hak sukan orang kurang upaya (OKU) pada Rabu.

Naib Pengerusi Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Lyu Yansong dalam sidang akhbar pelancaran kertas putih itu berkata bahawa sukan mempunyai erti yang amat penting bagi kehidupan setiap individu termasuk golongan OKU. Sukan merupakan cara yang berkesan bagi golongan OKU untuk meningkatkan kecergasan fizikal, memulihkan tahap fizikal dan mental, melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat, dan mencapai pembangunan masyarakat komprehensif.

Lyu menambah, sukan juga antara saluran istimewa untuk mengenali potensi dan nilai golongan OKU. Pembangunan sukan OKU amat penting untuk melindungi hak sama rata, menggalakkan pembangunan komprehensif dan menggalakkan golongan OKU berkongsi hasil pembangunan sosioekonomi.

Sejak Kongres Kebangsaan ke-18 PKC, China telah memasukkan pembangunan sukan OKU ke dalam susun atur keseluruhan "lima dalam satu" dan susun atur strategik "empat komprehensif", dan telah mengambil langkah praktikal dan berkesan untuk menggalakkan pembangunan sukan OKU.