Persidangan Ke-5 Jawatankuasa Kebangsaan Ke-13 CPPCC Dirasmikan Esok

2022-03-03 15:37:30  CRI
Share with:

Persidangan Ke-5 Jawatankuasa Kebangsaan Ke-13 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) akan dirasmikan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada pukul 3.00 petang Jumaat ini.

Agenda utama persidangan itu adalah mendengar dan membahaskan laporan kerja Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC dan laporan kerja pencadangannya, menghadiri Persidangan Ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13, mendengar dan membahaskan laporan kerja kerajaan dan laporan-laporan berkaitan, membahaskan dan meluluskan resolusi dan laporan Persidangan Ke-5 Jawatankuasa Kebangsaan ke-13 CPPCC.