56% Populasi Dunia Lengkap Vaksinasi COVID-19

2022-03-03 14:39:41  CRI
Share with:

Sebanyak 56% populasi di dunia telah lengkap vaksinasi COVID-19, namun kadar itu hanya mencatat 9% di negara-negara berpendapat rendah.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu menyatakan, jumlah kes kematian baharu didapati menurun di kebanyakan negara, namun kadar kemasukan hospital dan kadar kematian di beberapa negara masih tinggi.

WHO mengingatkan bahawa satu-satunya cara untuk menamatkan penularan pandemik ini adalah mewujudkan kadar vaksinasi yang tinggi di semua negara.