China Sedia Perkasakan Koordinasi dengan Iran

2022-03-03 15:27:22  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara, merangkap Menteri Luar China, Wang Yi berhubung dengan Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian melalui telefon pada Rabu.

Wang Yi menyatakan, China bersedia menggalakkan kerjasama pragmatik kedua-dua negara dalam pelbagai bidang untuk mengintensifkan hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Iran.

Beliau berkata, China akan menganjurkan Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negara Jiran Afghanistan pada masa sesuai supaya menyumbang kepada kesejahteraan Afganistan untuk jangka masa yang panjang.  

Amir-Abdollahian menyatakan, Iran bersedia meningkatkan hubungan perkongsian strategik komprehensif dengan China dan akan berkoordinasi rapat dengan China dalam menjayakan mesyuarat menteri luar tersebut.