Sambutan Tahun Baharu Tibet

2022-03-03 14:42:11  CRI
Share with:

Hari ini ialah Tahun Baharu mengikut kalendar Tibet. Penduduk di wilayah Tibet, Qinghai dan Sichuan mengadakan aktiviti perayaan meriah menyambut Tahun Baharu ini.

Di pusat beli-belah Barkhor di bandar Lhasa, ibu kota wilayah Tibet, pelbagai jenis peralatan etnik Tibet, juadah tradisional dan barangan lain yang wajib sempena sambutan Tahun Baharu Tibet menarik kedatangan orang ramai.

Bagi mengalu-alukan saudara mara dan rakan-rakan yang datang berkunjung untuk ucapan Tahun Baharu, keluarga Geri dari negeri Huangnan, provinsi Qinghai memakai pakaian perayaan yang cantik dan menyiapkan makanan tradisional Tibet sejak awal lagi.

Semua orang duduk di sekeliling, minum teh susu dan makan bersama. Orang muda juga menyanyikan lagu-lagu untuk memeriahkan suasana perayaan.