Perkhidmatan kepada Penduduk di Komuniti Perumahan

2022-03-04 14:44:10  CRI
Share with:


Pak Cik Chen telah bertugas di pusat perkhidmatan Komuniti Perumahan Jalan Jianguomen, daerah Dongcheng, Beijing selama lebih 20 tahun. Belliau menawarkan perkhidmatan kepada penghuni tempatan seperti membaiki basikal dan motosikal, membuat salinan kunci serta membaiki kunci.

“Nombor telefon bimbit saya tertera di papan agar penduduk di komuniti ini dapat menghubungi saya pada bila-bila masa,” kata Chen.

Chen merupakan salah seorang daripada ramai pekerja yang memberi perkhidmatan kepada penduduk di komuniti perumahan di Beijing. Perkhidmatan tersebut bertepatan dengan “agenda pembangunan dilaksanakan dengan berpaksikan rakyat” yang dicadangkan kerajaan pusat.

Perkhidmtan yang semakin sempurna di komuniti perumahan di bandar ini memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan penduduk terjamin.