Petugas Muda yang "Bangkitkan" Kampung Kuno

2022-03-04 11:21:45  CRI
Share with:

Pada Jun tahun 2018, Liu Lin, pemudi dari Syarikat Perancangan dan Reka Bentuk Bhd. di bawah Akademi Perancangan dan Rekabentuk Perbandaran China (CAUPD) di Beijing mula bertugas di kampung Wanjian di bandar Qianshan, provinsi Anhui yang tersenarai sebagai "Kampung Tradisional China" dalam kumpulan kelima. Kerja utama "penduduk baharu" kampung itu melibatkan pemeliharaan landskap kuno perkampungan dan pembangunan desa.

Liu yang dilahirkan pada tahun 1990-an masih seorang pemudi. Tetapi pencapaiannya dalam pembangunan desa sudah cukup besar, misalnya berjaya mendorong penubuhan koperasi petani di kampung Wanjian, membantu penduduk tempatan dalam usaha mengembangkan industri tanaman bunga kekwa dan mengembangkan industri pelancongan yang bercirikan adat resam di kampung kuno.