China Menentang Rang Undang-undang Keselamatan Nuklear di Ukraine

2022-03-04 13:44:16  CRI
Share with:

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengadakan mesyuarat majlis eksekutif khas mengenai isu keselamatan kemudahan nuklear di Ukraine pada Khamis. China membuang undi menentang terhadap draf resolusi mengenai keselamatan, perlindungan dan jaminan nuklear di Ukraine yang dikemukakan oleh Kanada dan Poland.

Menurut Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, Wang Qun, draf resolusi itu jelas melampau kuasa IAEA dan mengandungi banyak faktor politik. Oleh itu, ia akan menjejaskan maruah IAEA sebagai sebuah organisasi antarabangsa profesional yang bebas.

Wang menjelaskan bahawa adalah tidak munasabah untuk mengadakan pengundian terhadap draf itu tanpa mengambil kira cadangan beberapa pihak untuk membuat pindaan terlebih dahulu. Oleh yang demikian, China membuang undi menentang.