Pengangkutan Darat-Laut Meningkat 64.8 Peratus

2022-03-04 15:26:20  CRI
Share with:

Sebuah kereta api yang membawa 2,250 tan barangan dari ASEAN termasuk tanah kaolin, poliester dan seramik bertolak dari pelabuhan Qinzhou, wilayah Guangxi menuju ke kampung Tuanjie, bandar Chongqing pada Rabu.

Sejak perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dikuatkuasakan pada 1 Januari, kereta api gabungan darat dan laut Laluan Baharu Darat dan Laut di barat China telah menghantar 107.8 ribu unit kontena TEU, meningkat 64.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Selain itu, dasar intensif seperti pengurangan tarif dan kemudahkan prosedur di kastam pula merangsang perdagangan antarabangsa. Sekarang, terdapat 20 kereta api bertolak dari stesen timur Qinzhou, menuju ke Laluan Baharu Darat dan Laut Barat China dengan membawa lebih 600 jenis produk setiap hari.