75 Peratus Wanita Keturunan Asia-Pasifik Menjadi Mangsa Rasisme: AS

2022-03-04 14:50:38  CRI
Share with:

Forum wanita keturunan Asia-Pasifik di Amerika Syarikat (AS) mengedarkan laporan penyelidikan tentang status keselamatan golongan wanita keturunan Asia-Pasifik di AS pada Khamis.

Laporan tersebut mendapati bahawa jumlah kes jenayah kebencian yang berlaku di kawasan kediaman keturunan Asia-Pasifik naik 339 peratus sepanjang tahun lalu. Kira-kira 75 peratus wanita keturunan Asia-Pasifik menjadi mangsa insiden rasisme dan lebih 50 peratus insiden itu berlaku di tempat awam.

Laporan yang dilakukan terhadap lebih 2,400 wanita keturunan Asia-Pasifik itu turut menyebut bahawa wanita keturunan Asia-Pasifik sentiasa menjadi sasaran kebencian rasisme dan serangan kekerasan. Lebih 50 peratus responden menyatakan mereka "berasa kurang selamat" berbanding dengan masa sebelum penularan pandemik COVID-19.