Larian Obor Simbol Semangat Kental OKU

2022-03-04 15:26:40  CRI
Share with:

Wen Huazhi merupakan pembawa obor Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 yang berasal dari provinsi Hunan.


Pada 2005, beliau pernah mengalami kemalangan lalu lintas yang serius semasa bertugas sebagai pemandu pelancong.


Ketika itu, sikap bertanggungjawab Huazhi yang mendahulukan orang lain menyaksikan kaki kirinya diamputasi akibat rawatan tertangguh.


Pada 2015, Huazhi dengan sukarela menyertai usaha membasmi kemiskinan secara bersasar, hingga membantu kampung Pingli, mukim Shaoshan keluar dari kepompong kemiskinan.


Dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG), beliau yang juga pembawa obor Sukan Olimpik Beijing 2008 turut meluahkan rasa gembira dan bangga kerana diberi peluang untuk membawa obor sekali lagi.


“Bagi saya, larian obor bukan semata-mata menyebar semangat Olimpik, malah ia juga dapat mempamerkan semangat kental dan optimis golongan OKU,” kata Huazhi.


Tambah beliau, dalam tempoh sepuluh tahun lalu, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan golongan berkenaan berasimilasi dengan masyarakat dari segenap aspek termasuk perkhidmatan kebudayaan awam.