Hidupkan ‘Mod Bersenam’ pada Tengah Hari

2022-03-04 10:51:40  CRI
Share with:

Musim bunga sudah tiba di Beijing. Pada waktu tengah hari, orang ramai kelihatan berjalan di Laoshan Leisure City Park, Daerah Shijingshan. Laluan berjalan kaki yang dibina khas di taman ini menyediakan persekitaran riadah yang selesa kepada orang ramai.

Dalam jarak tiga kilometer dari Laoshan Leisure City Park, terdapat hampir sepuluh taman besar atau kecil. Golongan muda yang bekerja di premis berdekatan sudah biasa menggunakan waktu tengah hari untuk bersenam untuk melegakan keletihan fizikal dan meningkatkan kecekapan kerja.

Pada masa ini, terdapat lebih 1,000 taman pelbagai jenis di bandar Beijing.

“Beijing menjadi makin hijau,” kata penduduk Beijing.