Presiden Xi Cakna Ekologi Politik

2022-03-04 15:44:18  CRI
Share with:


“Ketatkan disiplin parti secara menyeluruh” antara kata-kata yang sering diingatkan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping semasa lianghui, atau dua sesi tahunan iaitu sidang Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan sidang Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC).

Sejak 2013, sempena lianghui, Xi telah menyertai bengkel perbincangan delegasi tempatan sebanyak 50 kali bagi mengupas topik-topik berunsurkan ekologi politik, nilai moral penjawat awam dan antirasuah.

Ketika duduk semeja dengan delegasi provinsi Jiangxi pada 2015, Xi menekankan peri pentingnya mewujudkan ekologi politik yang murni serta tidak bertolak ansur terhadap semua bentuk rasuah.

Semasa pertemuan bersemuka dengan anggota CPPCC yang terdiri daripada golongan peniaga pada 2016, Xi membawakan idea besar termasuk mencadangkan agar hubungan agensi kerajaan dan badan perniagaan perlu mesra dan bersih.

Menurut beliau, penjawat awam perlu jujur dan ikhlas ketika berurusan dengan syarikat swasta, serta beretika dan menolak sebarang perlakuan rasuah.

Bagi Xi, perkara kecil diibaratkan seperti cermin yang menjadi refleksi kepada integriti parti, pegangan prinsip dan moraliti.

Ketika ditemui delegasi Chongqing pada 2018, beliau menuntut penjawat awam supaya berprinsip, membentuk akhlak mulia dan terus menambah baik diri dari sekecil-kecil perkara.