Perkasakan Pendidikan Demi Masa Depan Bangsa China

2022-03-05 12:01:35  CRI
Share with:

Sidang Ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-13 membuka tirainya pagi tadi. Perdana Menteri, Li Keqiang dalam laporan kerja kerajaan menyatakan, kerajaan akan memperkasakan keadilan pendidikan dan meningkatkan kualitinya, mendorong pendidikan wajib berkembang seimbang dan ke arah berkualiti tinggi.

Li menegaskan, kerajaan akan mengagihkan sumber pendidikan mengikut jumlah penduduk tetap untuk memastikan kanak-kanak dapat pergi ke sekolah berhampiran dengan rumah.

Di samping itu, China akan terus meringankan beban pelajar di peringkat pendidikan wajib, dan meningkatkan populariti dan kualiti penggunaan bahasa kebangsaan.