Basikal Elektrik Zhejiang Laris di Pasaran Eropah dan AS

2022-03-06 15:32:47  CRI
Share with:

Permintaan terhadap basikal elektrik dari pasaran Eropah dan Amerika Syarikat (AS) menyaksikan banyak peningkatan berikutan pandemik COVID-19 melanda dunia sejak dua tahun lalu.

Bandar Jinhua, provinsi Zhejiang antara pangkalan pengeluaran basikal elektrik di negara China.

Pada tahun 2021, kebanyakan basikal elektrik yang dikeluarkan di bandar ini dijual di pasaran Eropah dan AS. Di samping itu, peningkatan eksport merekodkan 99.6% berbanding tahun 2020.