Warisan Olimpik Musim Sejuk Dorong Pembangunan Industri Sukan Ais dan Salji

2022-03-06 16:01:44  CRI
Share with:

Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 Beijing dan Persidangan Ke-5 Jawatankuasa Kebangsaan  ke-13 Majllis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dirasmikan di Beijing pada hari yang sama iaitu Jumaat lalu. Beberapa anggota CPPCC menyatakan, penganjuran sukan Olimpik dan Paralimpik akan meninggalkan warisan yang tak ternilai kepada Beijing, 'bandar dual Olimpik' pertama di dunia. Pada masa yang sama, kedua-dua temasya sukan itu diyakini akan memberikan sumbangan China kepada pembangunan lestari dan transformasi hijau dunia.

Anggota CPPCC yang juga Naib Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembinaan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Shen Jin menyatakan, ketika membina venue dan kemudahan yang mematuhi standard Olimpik, pihaknya juga mengambil kira penggunaannya pasca temasya sukan.

Bagaimana mengekalkan industri sukan ais dan salji terus 'hangat' pascara Sukan Olimpik Musim Sejuk? Anggota CPPCC, Lian Yuming yang telah melibatkan diri dalam kerja persiapan Sukan Olimpik Musim Panas dan Sukan Olimpik Musim Sejuk mencadangkan bahawa sukan, perbelanjaan dan jenama ais dan salji perlu dimasukkan dalam pembinaan metropolitan penggunaan antarabangsa ini, di samping menambah bekalan gelangang dan kemudahan sukan ais dan salji serta memupuk tabiat rakyat untuk menyertai sukan ais dan salji.