Kejar Impian Melukis

2022-03-06 15:22:32  CRI
Share with:

Droma dilahirkan di Aba, provinsi Sichuan pada tahun 1988. Dia kehilangan tangan kanannya ketika masih kecil. Droma yang hanya mempunyai tangan kiri tidak melepaskan impiannya melukis.

Pada tahun 2014, Droma lulus dari Institut Seni Lukis Sichuan. Selepas itu, dia pergi ke bandar Lhasa untuk mempelajari lukisan seni Thangka. Baru-baru ini, pameran solo Droma telah diadakan di Lhasa. Droma menyampaikan fikirannya melalui lukisan, dan kisah inspirasinya turut menyentuh hati orang ramai.