Wang Yi: Perlu Elak Krisis Kemanusiaan Skala Besar di Ukraine

2022-03-07 17:37:36  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi menyeru usaha dilakukan untuk mengelak berlakunya krisis kemanusiaan berskala besar di Ukraine.


Apabila menyebut situasi Ukraine dalam taklimat media sempena sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), beliau mengesyorkan beberapa cadangan antaranya memastikan operasi kemanusiaan dilakukan dengan mematuhi prinsip berkecuali dan saksama, sambil mencegah pempolitikan isu berkenaan.


Ahli Dewan Negara itu berkata warga Ukraine yang kehilangan tempat berteduh harus ditempatkan semula dengan baik, di samping melindungi penduduk awam serta mengelakkan malapetaka kemanusiaan di Ukraine.


Menurut beliau, adalah perlunya menjamin operasi bantuan kemanusiaan dilakukan dengan lancar dan selamat, termasuk menyediakan akses yang pantas dan tanpa halangan.


Wang berkata keselamatan warga asing di Ukraine juga perlu diberi jaminan sewajarnya, sementara menyediakan bantuan bagi memudahkan urusan pemindahan berkenaan.


Beliau turut mengulangi kesediaan China untuk menyumbang kepada penyelesaian krisis kemanusiaan di negara tersebut.