Laporan Kerja Kerajaan China Tumpuan Media Asing

2022-03-07 13:41:35  CRI
Share with:

Persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), dilihat sebagai jendela untuk memahami China.

Laporan kerja kerajaan yang dibentangkan Perdana Menteri Li Keqiang turut menjadi tumpuan media asing.

Akhbar The Washington Post melaporkan, kemampanan pertumbuhan ekonomi akan terus diletak sebagai keutamaan di China.

Reuters pula menumpukan kepada komitmen kerajaan China ke arah mewujudkan keseimbangan antara matlamat puncak pelepasan karbon dan neutral karbon dengan kestabilan ekonomi.

Memetik laporan kerja kerajaan, Reuters berkata China akan mengurangkan penggunaan arang batu dan menggerakkan matlamat puncak pelepasan karbon secara teratur.