Bekalan Barang Makanan, Keutamaan Pembangunan Luar Bandar

2022-03-07 11:53:53  CRI
Share with:

Bekalan barang makanan yang kekal terjamin perlu diletak sebagai keutamaan dalam pelaksanaan strategi memajukan luar bandar.

Demikian ujar Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping semasa pertemuan bersemuka dengan anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) daripada sektor pertanian, kebajikan masyarakat dan jaminan sosial, pada Ahad.

Xi berkata, adalah mustahak untuk meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran pertanian secara komprehensif, dan memantapkan pembangunan berkualiti sistem jaminan sosial.

Menyentuh mengenai keselamatan barang makanan, Presiden itu menyatakan, China mengisi perut hampir satu perlima daripada keseluruhan penduduk dunia dengan sembilan peratus tanah pertanian dan enam peratus sumber air tawar.

Beliau menyifatkan pencapaian itu bukan suatu yang mudah dicapai, dan mengingatkan supaya isu keselamatan makanan terus diberi perhatian khususnya di dalam era pengindustrian.

Menurutnya, penyelesaian muktamad untuk menjamin keselamatan makanan terletak pada kapasiti pengeluaran domestik, didorong sains dan teknologi.