Pakar IPC: Kemudahan Atlet OKU di Beijing Paling Mesra

2022-03-07 16:02:15  CRI
Share with:


Gelanggan ski Alpine Sukan Paralimpik Musim Sejuk di Beijing kali ini mempunyai suasana paling mesra Orang Kurang Upaya (OKU) berbanding dengan temasya sukan paralimpik sebelum ini.

Demikian ujar pakar kemudahan tanpa halangan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Ileana Rodriguez dalam satu sidang media pada Ahad.

Menurut beliau, Sukan Paralimpik kali ini bukan sahaja akan meninggalkan warisan Olimpik yang baik, tetapi juga menyediakan suasana lebih terbuka untuk membolehkan golongan OKU lebih aktif dan menjadi sebahagian daripada masyarakat.

"Jadi, saya harap aktiviti Paralimpik terus menyediakan kemudahan mesra OKU yang sama baik kepada para atlet.

"Kemudahan mesra OKU  pada Sukan Paralimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026 diharapkan mempunyai standard yang sama dengan temasya sukan di Beijing ini," kata Rodriguez.