Kecintaan Doktor Kejuruteraan Wanita demi Puisi dan Kaligrafi China

2022-03-07 14:40:51  CRI
Share with:

Zhang Ziwei, 29, ialah seorang doktor kejuruteraan yang tamat dari Universiti  Petroleum China. Kini, beliau mengikut pengajian di program pasca doktoral dan mengaji pengurangan emisi pencemaran gas asap dari loji janakuasa tenaga elektrik arang batu yang terlibat dalam sektor perlindungan alam sekitar.

Zhang memperoleh Hadiah Inovasi Teknologi oleh Persekutuan Perusahaan Tenaga Elektrik China pada 2021. Doktor perempuan yang mencapai kecemerlangan dalam pengajiannya itu juga seorang ahli kaligrafi dan penyair yang memperoleh prestasi cemerlang.

Untuk rekod, beliau mula membaca puisi pada umur 4 tahun, belajar kaligrafi pada umur 6 tahun, mengadakan pameran kaligrafi solo pada umur 9 tahun. Pada usia 16 tahun, beliau mengikuti delegasi kaligrafi pemuda China berkunjung ke Jepun. Pada usia 18 tahun, beliau memenangi hadiah tertinggi dalam pertandingan kaligrafi mahasiwa Beijing.

Dalam pada itu, puisi yang ditulis oleh Zhang Ziwei diterbitkan dalam pelbagai majalah puisi terkenal di China.

“Puisi dan kaligrafi adalah komponen yang tak boleh tiada dalam kehidupan saya. Ia juga dapat menenangkan jiwa dari kebisingan.” katanya.