Senamrobik Jadi Budaya Hidup Sihat Warga Emas Beijing

2022-03-07 10:41:47  CRI
Share with:

Terdapat sebuah kumpulan senamrobik menjalankan latihan setiap pagi di Taman Rendinghu, daerah Xicheng, Beijing.

Senamrobik yang dilakukan secara beramai-ramai dengan diiringi muzik yang rancak, tambahan pula pakaian seragam para peserta yang kelihatan amat rapi itu selalunya mencuri tumpuan ramai orang.

Kumpulan yang dinamakan “Rendinghu Mengzhidui” ini terdiri daripada warga emas yang berusia antara 50 hingga 80 tahun. Guru mereka pun sudah berusia lebih 70 tahun.

Pergerakan senamrobik tersebut diciptakan dengan menggabungkan senaman aerobik dengan tarian, amat sesuai untuk golongan warga emas. Jumlah anggota kumpulan itu meningkat kepada 150 orang pada masa ini berbanding dengan beberapa orang sahaja pada dua tahun lalu.

Mak Cik Wang, salah satu penganjur aktiviti itu berkata, senamrobik memberikan kebaikan kepada kesihatan selain meningkatkan kecergasan mental dan turut menggalakkan para peserta mengamalkan budaya hidup yang sihat.   

 

“Selain menjalankan aktiviti senamrobik di taman, kami juga menyertai pertunjukan kesenian di bandar Beijing,” katanya.