Wakil Wanita NPC Makin Bertambah

2022-03-07 15:22:27  CRI
Share with:

Sidang ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 China yang sedang berlangsung di Beijing ketika ini menyaksikan jumlah wakil golongan wanita semakin bertambah.

Dalam pemilihan yang dijalankan pada penghujung 2017 hingga awal 2018, lebih 700 wanita termasuk angkasawan China, Wang Yaping dipilih sebagai wakil NPC ke-13.

Wang, angkasawan wanita China pertama yang berjaya melakukan aktiviti luar kenderaan di angkasa lepas, tidak dapat menyertai sidang tahunan kali ini berikutan sedang menjalankan tugas di stesen angkasa sejauh 400 kilometer dari Bumi.

Walau bagaimanapun, beliau tetap dengan aktif menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil NPC dengan mengeluarkan cadangan mengenai usaha memupuk bakat di badan penyelidikan sains pasukan tentera.

Untuk rekod, antara lebih 3,000 wakil rakyat, wakil wanita menempati 24.9 peratus, iaitu meningkat 1.5 mata peratus berbanding sidang sebelumnya.

Angka itu juga melebihi purata bahagian wanita di parlimen negara di seluruh dunia pada 2018, yang menyaksikan wanita memakinkan peranan semakin penting dalam urusan politik China.