Import Eksport China Meningkat 13.3 Peratus

2022-03-07 15:15:31  CRI
Share with:

Jumlah import eksport China direkodkan sebanyak RMB6.2 trilion (RM41.1 trilion) pada dua bulan pertama 2022, iaitu meningkat 13.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Data rasmi dari Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GAC) hari ini menunjukkan perdagangan luar China juga mengekalkan trend yang baik.

Difahamkan, daripada keseluruhan angka tersebut, jumlah eksport meningkat sebanyak 13.6 peratus dengan mencatat RMB3.47 trilion (RM2.29 trilion), manakala import pula berkembang 12.9 peratus dengan rekod sebanyak RMB2.73 trilion (RM1.8 trilion).

Menurut statistik GAC lagi, import eksport antara China dengan Kesatuan Eropah, ASEAN dan Amerika Syarikat masing-masing adalah RMB874.64 bilion (RM578 bilion), RMB870.47 bilion (RM575 bilion) dan RMB785.92 bilion (RM519 bilion), iaitu meningkat 12.4 peratus, 10.5 peratus dan 9.7 peratus.

Pada masa sama, jumlah import eksport antara China dengan negara Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) turut meningkat 18.3 peratus, dengan rekod RMB1.92 trilion (RM1.27 trilion).