Angkasawan Wanita China Galakkan Golongan Wanita Jelajahi Misteri Angkasa

2022-03-08 14:27:35  CRI
Share with:

Semua wanita yang mempunyai impian untuk ke luar angkasa perlu mengekalkan cita-cita tersebut, ujar angkasawan wanita kedua China, Wang Yaping pada Isnin.

Beliau yang dalam misi enam bulan di stesen angkasa China berkata demikian sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, hari ini.

Menurut wang, banyak data menunjukkan bahawa tiada perbezaan ketara tentang keupayaan jantina dalam menyesuaikan diri dan bekerja di angkasa.

"Angkasawan wanita juga dapat menyelesaikan latihan dan pemeriksaan setaraf dengan lelaki.

"Banyak ciri-ciri fizikal dan psikologi golongan wanita dapat dimanfaatkan di angkasa, sekali gus menjadikan kekurangan dan kelebihan angkasawan wanita dan lelaki saling melengkapi," katanya menerusi pautan video yang dibuat atas undangan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland.

Wang berkata, penglibatan lebih ramai wanita dalam misi penerbangan angkasa lepas akan membawa makna penting kepada usaha manusia menjelajahi misteri angkasa berskala besar dan jangka panjang pada masa depan.

"Walaupun kewarganegaraan, etnik dan pekerjaan kita berlainan, tetapi golongan wanita di seluruh dunia terbukti sedang berusaha bersama untuk mewujudkan dunia yang lebih bersemangat dan lebih harmoni," katanya.