Jumlah Atlet Wanita Sukan Paralimpik Musim Sejuk Bertambah

2022-03-08 14:44:20  CRI
Share with:

Menurut data dikeluarkan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), terdapat 138 atlet wanita beraksi dalam Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 yang sedang diadakan di Beijing.

Angka tersebut sekali gus mencipta rekod baharu berbanding dengan 133 atlet wanita pada Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang.

Presiden IPC, Andrew Parsons berkata, sempena ketibaan Hari Wanita Antarabangsa, beliau amat gembira melihat jumlah atlet perempuan kurang upaya mencipta rekod baharu.

Tambah beliau, meskipun masih banyak usaha diperlukan untuk mewujudkan kesaksamaan jantina, namun dalam tempoh 20 tahun lalu, pertambahan ketara jumlah wanita yang menyertai Sukan Paralimpik Musim Sejuk telah menggambarkan usaha IPC sedang berada di landasan tepat.