"Hadiah" untuk Ibu Tiga Anak pada Hari Wanita

2022-03-08 10:24:43  CRI
Share with:

Apakah hadiah terbaik untuk isteri tersayang pada Hari Wanita? Bunga, coklat, atau beg mewah?

Zhang Xiang, bapa kepada tiga anak telah memberikan "hadiah" yang cukup istimewa kepada isterinya. Pada hari ini, Zhang menjaga tiga anak perempuan bersendirian supaya isterinya boleh bersenang-senang sepanjang hari.

Sebenarnya, Zhang sering menjaga tiga puterinya dan amat berpengalaman.

Bapa menjaga anak, bukanlah perkara yang jarang dan ia berlaku di semakin banyak keluarga di China pada masa ini. Kini golonga bapa semakin mementingkan dan melibatkan diri dalam pendidikan keluarga, dan ini sekali gus menjadi unsur yang mendorong keluarga China mahu beranak tiga.

Pada 2021, China melonggarkan Perancangan Keluarga dan menggalakkan keluarga melahirkan tiga anak.