Wang Yi, Josep Borrell Bincang Isu Ukraine

2022-03-08 14:22:25  CRI
Share with:

Sekatan tidak dapat membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya akan merumitkan lagi keadaan, kata Menteri Luar China Wang Yi.

Menurut beliau, keutamaan ketika ini adalah mengelak berlakunya krisis kemanusiaan di Ukraine.

Semasa menghubungi Wakil Kanan Kesatuan Eropah (EU) bagi Dasar Luar dan Keselamatan, Josep Borrell pada Isnin, Wang berkata masyarakat antarabangsa harus menyokong rundingan damai antara Rusia dengan Ukraine sehingga mencapai gencatan senjata dan keamanan.

China bersedia terus memainkan peranan konstruktif untuk meredakan keadaan semasa.

Sementara itu, Borrell  berkata gencatan senjata perlu dicapai secepat mungkin untuk mengelakkan kematian dan kecederaan lebih besar.