China Antara Negara Paling Selamat di Dunia

2022-03-08 14:19:09  CRI
Share with:

China merupakan antara negara yang paling selamat di dunia, menurut laporan kerja Mahkamah Agung Rakyat (SPC) dikeluarkan hari ini.


Laporan itu berbunyi, SPC melaksanakan konsep keselamatan negara dengan bersungguh-sungguh dan menghukum pelbagai jenis jenayah mengikut undang-undang.


Tahun lalu, lapan jenis kes jenayah utama kekal berada pada paras rendah, dan perkadarannya dalam keseluruhan kes jenayah terus menurun.


Di samping itu, SPC dengan tegas menghukum jenayah yang membahayakan keselamatan negara dan ketenteraman masyarakat, termasuk kegiatan menghasut subversi, pengintipan dan ajaran sesat, sekali gus mempertahankan keselamatan sistem pemerintahan negara.