Langkah Bendung Wabak, Jamin Keselamatan Atlet Paralimpik

2022-03-09 14:21:45  CRI
Share with:

"China boleh mendapat pingat emas jika anugerah dalam bidang usaha pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 dipertandingkan," kata atlet veteran Belgium, Linda Le Bon selepas pertandingan, pada Selasa.


Le Bon, 57, menyatakan kelegaan dan kepuasannya terhadap suasana lokasi pertandingan berikutan segala peraturan kawalan wabak dilaksanakan dengan ketat sehingga semua atlet sanggup bertanding tanpa diganggu penularan wabak.

"Saya menikmati perjalanan di Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 Beijing," katanya.

Le Bon yang dipandu oleh anak perempuannya menduduki tempat kelima dalam perlumbaan ski Para Alpine Super Gabungan, tempat keenam dalam acara Alpine downhill  dan tempat ketujuh acara ski Para Alpine Super-G dalam kategori cacat penglihatan yang diadakan pada Sabtu hingga Isnin.

Menurut laporan, semua peraturan yang termaktub dalam buku panduan mencegah dan mengawal pandemik COVID-19 versi kedua dilaksanakan pada Sukan Paralimpik Musim Sejuk sama ketat dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Langkah-langkah yang melibatkan pemantauan kesihatan, ujian asid nukleik (NAT), penyahjangkitan dan pembersihan, penjarakan sosial turut dikekalkan bagi memastikan semua lokasi pertandingan bebas dari ancaman wabak.