Sesi Temu Ramah Bersama Menteri Semasa Lianghui

2022-03-09 13:16:36  CRI
Share with:


Sesi temu ramah dengan kehadiran menteri-menteri antara agenda utama yang disusun atur sebagai pengisian lianghui, atau persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), hingga sentiasa mencuri perhatian ramai.

Ketua Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), He Lifeng merupakan antara menteri yang dijemput hadir untuk sesi temu ramah menerusi pautan video itu, mengupas matlamat pertumbuhan ekonomi yang ditetapkan buat tahun ini.

Beliau meluahkan keyakinan ekonomi China kekal kukuh dan mempunyai daya tahan yang tinggi.

Menurutnya, keyakinan itu lahir daripada prestasi entiti pasaran yang kekal dinamik dan mempunyai kemampuan untuk menangkis risiko.

Dalam pada itu, Menteri Sains dan Teknologi, Wang Zhigang menyatakan ubat spektrum luas untuk melawan koronavirus bermutasi sedang giat dikaji dan diselidik, sementara satu lagi vaksin protein rekombinan bakal dipasarkan secara bersyarat serta vaksin jenis mRNA dan DNA dalam ujian klinikal fasa III.