Industri Pembuatan China Kekal di Tangga Pertama Dunia

2022-03-09 13:24:52  CRI
Share with:

Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT) memaklumkan bahawa industri pembuatan China berjaya menduduki tangga pertama di dunia, sekali gus menjadikan ia kali ke-12 berturut-turut.

Menterinya, Xiao Yaqing dalam satu wawancara pada Selasa menyatakan kejayaan industri tersebut itu bukan sahaja memberi sokongan padu kepada pembangunan ekonomi perindustrian, bahkan juga terhadap keseluruhan ekonomi China.

Menurut beliau, pihaknya akan memupuk lebih 3,000 buah syarikat di peringkat kebangsaan pada tahun ini, di samping mendorong lebih banyak syarikat kecil dan sederhana peringkat provinsi yang profesional, istimewa dan inovatif.

Untuk rekod, industri pembuatan China merangkumi semua bidang termasuk 31 bidang besar, 207 buah bidang sederhana dan 666 buah bidang kecil.