Sidang NPC, CPPCC Tumpu Kesejahteraan Rakyat
Usaha ke arah mencapai matlamat puncak karbon dan neutral karbon antara topik utama dibincangkan dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang sedang berlangsung di Beijing.
Wakil NPC, Li Cuizhi mengesyorkan supaya sistem perangkaan pelepasan karbon dalam industri pertanian dan penternakan terus dilengkapkan.
Beliau berkata adalah perlunya menggalakkan mod kombinasi penanaman dan pembiakan, mempercepat pemulihan padang rumput yang berfungsi sebagai kawasan tadahan karbon, selain memupuk modal insan dalam sektor berkenaan.
Sementara itu, naib presiden Akademi Sains Pertanian Anhui, Zhao Wanping mengusulkan agar kawasan desa dibangunkan hingga menjadi tempat yang selesa didiami dengan persekitaran indah menerusi perancangan teliti.