NATO Jadi Gangguan Kedamaian dan Perpaduan Eropah

2022-03-10 14:43:01  CRI
Share with:

Amerika menyeru Poland menyediakan jet pejuang Mig-29 milik negara itu kepada Ukraine supaya ‘membantu’ perang di sana.

 

Poland bersetuju, tapi syaratnya ialah mereka akan menghantar semua Mig-29 ke pangkalan tentera Amerika di Jerman untuk tujuan itu

 

Tapi, cadangan ini langsung ditolak oleh Pentagon dengan alasan NATO tidak boleh secara langsung berkonflik dengan Rusia.

 

Inilah peranan yang dimainkan oleh NATO dalam konflik Rusia-Ukraine.

 

Presiden Ukraine Zelensky pula menyatakan, setelah memahami pendirian NATO yang tidak bersedia menerima Ukraine, ia telah bersikap tenang dan bersiap berunding dengan Rusia mengenai kedudukan berkecuali negara itu.

 

NATO memahami kemarahan Rusia, cuma selalu meremehkan negara tinggalan kejayaan agendanya menghancurkan Kesatuan Soviet itu.

 

Dalam ucapan Joe Biden pada tahun 1997, ia menyatakan perunding Rusia telah jelas menentang NATO memperluas ke timur dan menyatakan kalau trend ini diteruskan, Rusia terpaksa mendekati China.

 

Tahukah apa respons Joe Biden?

 

Sambil berseloroh, beliau menjawab, “Dipersilakan, kalau itu tidak berkesan boleh cuba Iran lagi.”

 

Sedikit-sedikit lama-kelamaan menjadi bukit.

 

Dalam 30 tahun ini, Rusia pernah tiga kali memohon menganggotai NATO. Respons dari NATO adalah menolak tapi terus memperluas ke timur.

 

Kalau tekanan dari NATO menjadi unsur luar, jadi pembunuhan terhadap etnik Rusia di Ukraine Timur menjadi unsur dalaman tercetusan konflik kali ini.

 

Stesen TV Perancis CNews membuat lintas langsung dengan wartawan di Ukraine, Anne-Laure Bonnel mengenai situasi di sana minggu lalu.

 

Sangat mengejutkan apabila beliau dedahkan bahawa berlakunya pengeboman selama 7 tahun yang dilaksanakan oleh kerajaan Ukraine terhadap penduduknya, hanya kerana mereka berbahasa Rusia, ribuan kanak-kanak bahkan wanita berbadan dua di bunuh, ramai orang terpaksa hidup di bawah tanah dan jambatan selama beberapa tahun.

 

Anne-Laure Bonnel telah membuat filem dokumentari “Donbass” pada tahun 2016, tapi tiada stesen televisyen bersedia menayangkannya, bahkan video yang dimuat naik ke internet terus dihapuskan, hanya boleh ditonton di Rusia.

 

Apa yang telah NATO lakukan untuk menghalang tidakan macam Nazi kerajaan Ukraine terhadap penduduknya?

 

Oh, akaun rasmi NATO di Twitter baru-baru ini telah memuat naik gambar askar perempuan Ukraine sempena Hari Wanita Antarabangsa untuk memuji “keberanian” mereka. Tak sangka ramai netizen mendapati di depan dada askar perempuan Ukraine ini kelihatan jelas tanda Nazi.

 

Akaun NATO terpaksa menghapuskan hantaran tersebut.

 

Ada netizen dari India mengeluarkan persoalan, perang dingin telah berakhir 30 tahun yang lalu, tetapi mengapa NATO masih wujud?

 

Bekas Penasihat Pentegon, Kolonel Douglas Macgregor menyatakan kepada Fox News bahawa, Ukraine mengawal kedudukan berkecuali bermanfaat bagi kedua-dua pihak, tapi sesepihak suruh Zelensky mengawal persembahannya. Yang terpaksa mengalami kesengsaraan hanya rakyat Ukraine saja.

 

Inilah apa yang dibuat oleh NATO, menyediakan senjata kepada orang ramai Ukraine tapi mengelakkan terlibat langsung dalam perang dengan Rusia, suruh mereka mati untuk kepentingan sesepihak.