Perubahan di Kampung, Cermin Perkembangan China

2022-03-10 14:56:23  CRI
Share with:

Keadaan terkini di kampung Atulier yang terletak di cenuram setinggi lebih 1,400 meter di kawasan pergunungan Daliangshan, provinsi Sichuan telah menjadi perbincangan ketika sesi Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC).

Anggota CPPCC dari provinsi itu, Yixi Dawa yang menyertai sesi tersebut pada Ahad menceritakan bahawa penduduk kampung di situ perlu melalui 17 anak tangga rotan sebagai medium untuk keluar dari kawasan itu sebelum ia kemudiannya ditukar kepada tangga keluli pada November 2016.

Menurutnya, pada  Mei 2020, 84 buah keluarga kampung itu telah berpindah ke rumah baharu yang dibina di kawasan pusat kaunti Zhaojue dan ia sekali gus memperlihatkan usaha pembasmian kemiskinan dan kebangkitan di kawasan luar bandar China.

Menjelang penghujung 2020, kesemua 98.99 juta penduduk miskin di luar bandar di bawah piawaian semasa China berjaya membebaskan diri daripada kemiskinan.

Bermula dari 2021, pelbagai langkah diambil untuk memperkukuh kejayaan tersebut dan terus membangunkan kawasan kampung.

Dengan usaha itu, pendapatan perkapita golongan tersebut secara puratanya mencatat RMB12,550 (RM8,307), iaitu meningkat 16.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.