Sistem Jaminan Sosial Beri Jaminan Kukuh kepada Kehidupan Rakyat

2022-03-10 15:11:40  CRI
Share with:

Pada Oktober 2021, bandar Bazhou provinsi Shanxi telah dilanda banjir dahsyat dengan sejumlah besar rumah petani turut runtuh dalam bencana itu.

Kampung Fengnanhuan mengalami kerugian paling serius serta menyaksikan rumah yang didiami oleh 43 buah keluarga perlu dibina semula.

Dengan tindakan segera oleh kerajaan bandar Bazhou termasuk menggunakan teknik dan bahan pembinaan terkini, kerja-kerja pembinaan semula rumah berjaya diselesaikan mengikut jadual, sekali gus membolehkan mangsa berpindah ke rumah baharu sebelum tibanya Tahun Baharu Cina.

Presiden Xi Jinping ketika menyertai sesi perbincngan dengan anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) baru-baru ini menekankan bahawa adalah penting untuk diberikan perhatian kepada mangsa bencana.

Pada masa sama, beliau turut memberikan jaminan kukuh kepada mangsa yang terjejas teruk akibat bencana.