China: Sekatan Unilateral Rugikan Semua Pihak

2022-03-10 11:32:00  CRI
Share with:


China tegas menolak sebarang sekatan unilateral yang tidak mempunyai asas dalam undang-undang antarabangsa.

Pendirian itu disuarakan menerusi jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian dalam sesi taklimat pada Rabu, susulan sekatan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) ke atas tenaga Rusia.

Zhao berkata, sekatan tersebut nescaya merugikan pihak terbabit, sekali gus kembali terjerumus dalam perpecahan dan konfrontasi.

Pada Selasa, Presiden AS Joe Biden mengumumkan larangan import minyak, gas dan tenaga lain dari Rusia, manakala Suruhanjaya Eropah memutuskan pengurangan kebergantungan kepada gas Rusia sehingga dua pertiga tahun ini.

United Kingdom (UK) pula merancang menghentikan penggunaan minyak diimport dari Rusia secara berperingkat menjelang akhir 2022.

Untuk itu, Zhao membalas dengan mengatakan sekatan berkenaan akan memberi tamparan hebat kepada ekonomi negara terlibat dan kesejahteraan rakyat.

Beliau turut berkata, kerjasama tenaga antara China dengan Rusia kekal kukuh.

Menurutnya, dua negara itu akan meneruskan kerjasama perdagangan antaranya gas dan minyak berasaskan semangat saling menghormati, kesaksamaan dan untung bersama.