Sidang Tahunan CPPCC Labuh Tirai

2022-03-10 12:20:12  CRI
Share with:

Sidang Ke-5 Jawatankuasa Kebangsaan Ke-13 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) melabuhkan tirainya selepas semua agenda selesai hari ini.

Majlis penutupannya dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Wang Yang, dan turut dihadiri Presiden Xi Jinping dan pemimpin-pemimpin lain.

Wang Yang dalam ucapannya menzahirkan komitmen pihaknya untuk terus menggalas tanggungjawab yang berpusatkan rakyat, dan mempertingkat kemampuan permesyuaratan politik secara pragmatik.