Pembangunan Berkualiti BRI, Tumpuan Wakil NPC

2022-03-10 14:49:01  CRI
Share with:

Pembangunan berkualiti Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) antara topik perbincangan utama dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) yang sedang berlangsung di Beijing.

Menteri Luar Wang Yi dalam sesi taklimat pada Isnin berkata, China akan bersama-sama masyarakat antarabangsa terus mendorong pembangunan berkualiti BRI hingga menjadikannya "jalur pembangunan" dan "laluan kebahagiaan" demi manfaat dunia.

Kini, jumlah peserta inisiatif tersebut mencecah 180, menyasar kemajuan bersama menerusi kerjasama yang saling menguntungkan.

Pelaksanaan BRI turut mendorong kepada keterbukaan bertaraf tinggi dan pembangunan berkualiti di Chongqing, kata wakil NPC dari bandar itu, Pu Binbin.

"Produk pertanian berkualiti dari Kaizhou seperti buah oren telah berjaya memasuki pasaran Eropah, Asia Tenggara dan lain-lain melalui laluan darat dan laut.

"Produk elektronik kami juga dihantar ke Eropah melalui perkhidmatan tren kargo yang menyambungkan China dengan benua itu, menjadikan kos logistik berkurangan dan masa pengangkutan dipendekkan," ujar beliau.