Xi Ucap Tahniah kepada Yoon Seok-youl

2022-03-11 12:27:48  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping pada Khamis mengutus kawat tahniah kepada Yoon Seok-youl yang dipilih sebagai Presiden Korea Selatan.

Xi menyatakan China dan Korea Selatan merupakan jiran dan rakan kerjasama penting bagi satu sama lain. Hubungan kedua-dua negara berkembang pesat sejak ikatan diplomatik dijalin, sekali gus mendatangkan manfaat sebenar kepada rakyat, serta menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran serantau malah seluruh dunia.

Beliau turut menyatakan, sempena ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik China-Korea Selatan pada tahun ini, China berhasrat memperdalam kerjasama muhibah dengan negara itu untuk memantapkan lagi perkongsian kerjasama strategik bilateral demi manfaat rakyat.