Sidang Tahunan NPC Labuh Tirai

2022-03-11 11:37:24  CRI
Share with:

Sidang ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 China melabuhkan tirai di Dewan Besar Rakyat di Beijing selepas semua agendanya selesai hari ini.

Majlis penutupan sidang tersebut telah dihadiri Presiden Xi Jinping dan pemimpin-pemimpin yang lain.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Li Zhanshu dalam ucapannya menekankan perlunya memahami misi baharu yang digalas kongres rakyat dalam pentadbiran negara, di samping mempercepat penyempurnaan sistem undang-undang sosialis bercirikan China dan memperkasakan demokrasi rakyat sepanjang proses.