Usaha Diplomatik ke Arah Perdamaian Rusia, Ukraine Dialu-alu

2022-03-11 12:03:57  CRI
Share with:


Beijing menyambut baik segala usaha diplomatik ke arah perdamaian antara Rusia dengan Ukraine, antaranya perbincangan tiga hala disertai menteri luar.

Jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian berkata, perbincangan membabitkan Rusia, Ukraine dan Turki itu adalah pertemuan peringkat tertinggi sejak konflik berkenaan berlaku.

Menurut beliau, pihak terbabit harus bergerak seiring sejalan menuju ke arah menyelesaikan krisis secara damai berasaskan prinsip saling menghormati.

Pada Khamis, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov bersama rakan-rakan sejawatnya dari Ukraine, Dmytro Kuleba dan Turki, Mevlut Cavusoglu mengadakan rundingan tiga penjuru di Antalya, Turki.