Promosi Penggunaan 5G Berskala Besar

2022-03-11 12:52:21  CRI
Share with:

Jaringan 5G di China mungkin di luar jangkaan anda.

Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam laporan kerja kerajaan mendedahkan China akan terus mendorong pembangunan ekonomi digital, meningkatkan struktur pembinaan China digital dan membina infrastruktur maklumat digital.

Beliau juga berkata China akan mempromosi penggunaan 5G berskala besar, mempergiat transformasi digital industri dan mengembangkan bandar pintar dan kampung digital.