Konsep Tanpa Halangan Amat Diperlukan

2022-03-11 13:26:49  CRI
Share with:

Penganjuran Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 boleh dijadikan panduan untuk mana-mana pihak dalam merealisasikan 'konsep tanpa halangan'.

Demikian ujar jurucakap Jawatankuasa Penganjur Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing, Yan Jiarong dalm satu sidang media pada Khamis.

"Konsep tanpa halangan adalah asas penting dalam mendorong perkembangan orang kurang upaya (OKU) dan membentuk masyarakat yang inklusif," kata beliau.

Yan turut menyatakan usaha untuk menghapuskan halangan adalah keutamaan dan menyifatkan ia sebagai tidak mudah.

Beliau berkata, 'konsep tanpa halangan' juga bermakna bahawa setiap individu perlu bersungguh-sungguh menghormati, mengambil berat dan membantu warga OKU supaya mereka diintegrasikan dalam masyarakat.

"Ketika menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Sejuk di Beijing, pihak kami sentiasa mengutamakan ‘konsep tanpa halangan’.

"Usaha ini bermula di dalam sukan, tetapi tidak berakhir dalam sukan. Temasya sukan ini diharap kondusif kepada langkah mengubah sikap masyarakat terhadap OKU, mendorong agar lebih banyak perhatian diberi untuk memperhebat kemampuan OKU, membantu mereka banyak terlibat dalam kehidupan sosial secara sama rata, mendapat peluang pekerjaan, pendidikan dan perubatan yang lebih baik, supaya OKU menjadi semakin selamat, relevan dan bahagia dalam masyarakat," kata Yan.

Menurut beliau, slogan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing ‘Together for a Shared Future’ menekankan perkataan 'together' dengan harapan agar ‘tiada seorang pun’ yang ketinggalan.