Kesejahteraan Rakyat Sentiasa di Hati Presiden Xi

2022-03-11 16:04:36  CRI
Share with:

Sudah menjadi kelaziman bagi Presiden Xi Jinping untuk mengadakan pertemuan dengan wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China dan anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (CPPCC) dalam sidang tahunan NPC dan CPPCC.

Sejak 2013, beliau telah menyertai sebanyak 53 kali pertemuan tersebut dan beramah-ramahan dengan hampir 400 wakil NPC dan anggota CPPCC.

Dalam pada itu, kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi tumpuan beliau.

Pada tahun ini, beliau telah duduk semeja dengan anggota CPPCC daripada sektor pertanian, kebajikan masyarakat dan jaminan sosial.

Dalam sesi pertemuan itu, anggota CPPCC, Yixi Dawa menunjukkan dua keping gambar yang memaparkan perubahan kampungnya yang terletak di cenuram.

Demi memudahkan perjalanan penduduk tempatan, tangga rotan yang menjadi medium untuk keluar dari kampung itu telah ditukar kepada tangga keluli yang lebih kukuh.

Sambil merenungi dua keping gambar itu, Xi bertanya pula tentang persekolahan golongan kanak-kanak dan perkhidmatan perubatan untuk warga emas.

Beliau turut memberikan pesanan bahawa urusan berkaitan dengan kehidupan rakyat tidak boleh diabaikan biarpun ia tampak kecil.

Tegas beliau, golongan yang menghadapi kesulitan perlu diberikan keprihatinan lebih banyak, dan bantuan perlu dihulurkan kepada mereka.

Sepertimana yang dinyatakan Presiden Xi, kebahagiaan rakyat ialah sasaran perjuangan Parti Komunis China (PKC).